Sunday, May 31, 2009

Tips #29 :: Teknik Asosiasi Bunyi & Perbuatan (Bah. 2 - Bunyi Huruf)

TEKNIK ASOSIASI BUNYI DAN PERBUATAN (BAHAGIAN 2 - BUNYI HURUF)

Okay... kita sambung dari tips #28 yang lalu.

Bunyi-bunyi huruf tentunya akan lebih mudah diingati oleh kanak-kanak bila mana ianya kita kaitkan dengan sesuatu benda, perbuatan atau kejadian. Kita sebagai orang dewasa pun begitu jugakan?!

Bunyi "AAA" contohnya... kalau kita perkenalkan semata-mata tanpa diasosiasikan dengan sesuatu tentu agak sukar untuk diingati. TETAPI bila bunyi "AAA" ini kita kaitkan dengan bunyi orang menjerit terkena air panas atau api... maka... "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA... Panasnya" ...!!!

Cepat melekat bunyi tersebut dalam otak, kan? Bila kita tanya si comel kalau orang kena api apa dia jerit... tanpa fikir panjang anak anda akan segera menjerit... "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"...!!!

Setiap fonik-fonik (bunyi) huruf boleh diperkenalkan melalui asosiasi benda, perbuatan atau kejadian. Tentunya fonik yang berbeza akan mempunyai aktiviti yang berbeza juga. Pada tips kali ini saya akan bagi dua contoh sahaja. Untuk "AAA" saya dah sentuh... saya bagi satu lagi iaitu memperkenalkan bunyi "III".

Sebelum itu suka saya tekankan di sini yang aksi yang anda lakukan mestilah dibuat dengan penuh bersungguh. Bila sebut "AAA Panas" tu... jeritlah macam orang yang betul-betul tengah kepanasan. Jangan jerit ala malu-malu... tak berkesan dan tak mencapai objektif nanti.

Untuk bunyi "III" pula anda akan buat aksi cuba menggeletek anak anda.

Cuba lakukan yang berikut:

Langkah 1: Gunakan jari telunjuk anda dan mula gerak-gerakkannya sambil ditujukan ke ketiak anak anda. Gerakkan secara perlahan dan mengacah sedikit.

Langkah 2: Sambil anda lakukan Langkah 1... bunyikan "I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I ". Dan terus cucuk jari anda ke celah ketiak anak anda... dan katakan "I I I... Geli laa"

Langkah 3: Ulang Langkah 1 dan 2 untuk beberapa kali.

Langkah 4: Minta anak anda pula cuba laku perkara yang sama kepada anda

Teknik yang saya tunjukkan di atas masih lagi teknik untuk melatih kanak-kanak belajar menyebutkan bunyi dengan tepat dan betul. Anda belum lagi sebenarnya memperkenalkan huruf kepadanya.

Untuk contoh yang lebih banyak (dalam bentuk video) bagi foniks-foniks lain... anda boleh tonton dan pelajarinya melalui VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku yang didemonstrasikan sendiri oleh para pengasa program Bacalah Anakku.

Selamat mencuba...!!!

Produk Sokongan Yang Dicadangkan:

4 comments:

farizghazali said...

puan. boleh saya contact puan personally. melalui email?

Puan Rosnita said...

Kalau ada kemusykilan berkaitan cara mendidik anak-anak membaca... boleh anda emailkan soalan anda ke tanya[at]adikbijak.com :)

ummu_abdullah said...

Wah praktikalnya kaedah mengajar anak. Ini untuk mengajar yang masih bayi ke? maknanya yang belum bolhe bercakap?

yahaya said...

wah..bagus ni...