Sunday, October 13, 2013

INFO KURSUS: Kursus Asas Cepat Membaca di N. Sembilan (Nov & Dis 2013)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
AdikBijak.com dengan kerjasama ReadNetwork Venture Sdn. Bhd. (penerbit buku Bacalah Anakku dan ReadEasy) akan menganjurkan Kursus Asas Cepat Membaca di Negeri Sembilan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

TARIKH MASA TAJUK TEMPAT
09 NOV 2013
(Sabtu)
9.00 pagi-12.00 tgh Kursus Asas
Bacalah Anakku & ReadEasy
Bilik Kuliah
Masjid Bandar Baru Senawang
Senawang, Negeri Sembilan
14 DIS 2013
(Sabtu)
9.00 pagi-12.00 tgh Kursus Asas
Bacalah Anakku & ReadEasy
Bilik Kuliah
Masjid Bandar Baru Senawang
Senawang, Negeri Sembilan

Melalui kursus pendek ini anda akan didedahkan dengan ilmu-ilmu berguna berikut:
  • Pendekatan Fonetik dalam Mengajar Membaca
  • Panduan Sebutan Bunyi Huruf yang Tepat
  • Pendekatan Asas Mengajar Membaca yang Betul
Kursus ini terbuka untuk para pendidik pra-sekolah, guru-guru dan juga ibu-bapa.

Yuran kursus hanya RM30.00 (termasuk minum pagi) dan tempat terhad kepada 50 peserta untuk setiap sessi. 


Berminat untuk menyertai kursus asas ini? Sila klik pada pautan berikut untuk memuat turun flyer rasmi kursus ini: [Download Flyer] atau anda boleh juga emailkan terus kepada AdikBijak.com di khidmat@adikbijak.com.

Dapatkan ilmu berguna dalam mendidik anak anda cepat membaca seawal usia 3 tahun.
Tempah tempat anda hari ini juga.

Sunday, June 30, 2013

BUKU BAHARU: Ajar Anak Kecil Membaca Awal

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri seramai 6 orang dan membantu mereka membaca awal, ditambah dengan pengalaman sebagai guru bahasa Inggeris selama 7 tahun, 15 tahun mengendalikan tadika sendiri, 14 tahun memberi kursus kepada ibu bapa dan guru dalam membantu mengajar anak kecil membaca awal.
Istimewanya buku ini:
  • MULA AWAL ketika dalam kandungan
  • RANGSANG setelah anak lahir
  • AJAR MEMBACA mula pada usia awal
  • KAEDAH FONETIK yang terbukti berkesan
  • DIDIK SENDIRI di rumah
  • Di tambah dengan lirik dan lagu
  • Komplemen kepada siri BACALAH ANAKKU dan READEASY

Tips Hebat Buat Ibu Bapa dan Pendidik untuk Melatih Kanak-Kanak Membaca Awal

Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan. Kajian serta pengalaman mereka berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak telah menghasilkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Kaedah Ini terbukti berkesan membantu anak-anak membaca pada usia prasekolah lagi.

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com

Sunday, April 21, 2013

BUKU BAHARU: Anakku Penyejuk Mataku


Setiap ibu bapa sewajarnya mampu menjawab salah satu persoalan pokok iaitu, Apakah pendekatan terbaik untuk memastikan anak-anak menghayati dan mengamalkan apa yang diajar? Adakah saya sudah mendidik anak secara seimbang? Apakah perkataan pertama yang patut saya ajarkan kepada anak saya?Selama dua puluh tahun saya mendidik anak ini, adakah saya sudah menyampaikan apa yang wajib saya sampaikan? Apa yang patut saya sampaikan kepada anak-anak saya? 

Persoalan ini nampak ringkas dan senang, namun apabila diperincikan ia tidaklah semudah seperti yang disangka. Inilah antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan melalui buku “Anakku Penyejuk Mataku”
 
Kandungannya memuatkan garis-garis besar kepada ruang lingkup pendidikan anak-anak. Buku ini harus dimiliki kerana ia memberi panduan dan tip berguna dalam mendidik anak-anak berteraskan al-Quran dan sunnah.

Disertakan kisah-kisah teladan yang dapat memberi inspirasi dan panduan. Persembahan buku yang menarik dan padat dengan informasi dan rekaan berwarna penuh dan ilustrasi berinformasi.

Tips Mendidik Anak Berteraskan Al-Quran dan Sunnah... yang MESTI Anda Miliki!

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com
 

Monday, February 4, 2013

BUKU BAHARU: Anakku vs. Solat - Bagaimanakah Mengajarnya?

Allah telah menetapkan kewajipan bersolat bagi hamba-hambaNya: tua dan muda, lelaki dan perempuan, yang sakit dan yang sihat, bahkan bagi kanak-kanak yang sudah memasuki usia 10 tahun. Pada usia tersebut ibu bapa WAJIB mendidik dan membiasakan anak-anak agar saat mereka baligh... mereka tidak kekok untuk bersolat dan melaksanakannya dengan sempurna. 

Ibu bapa harus menanamkan dan mendasari anak-anak dengan keimanan kepada Allah SWT sebagai tujuan solat dan semua kegiatan mereka. Demikian juga memperkenalkan dan mendekatkan mereka dengan masjid dan semua aktiviti di dalamnya

Buku Anakku vs Solat ialah terjemahan daripada buku Kaifa Nurobbii Aulaadanaa ‘ala Ash-Sholaah (‘Amaliyyan wa ‘ Ilmiyyan) karya Mushthafa Abul Mu‘athi. Ia menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat. Tip-tip berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat. 

Kaedah pengajaran berupa contoh teladan daripada kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam mendidik anak tentang solat. Memberi panduan khusus untuk anda dalam mendidik anak merangkumi kesemua aspek hidup dan bukan sahaja dalam aspek solat. 

Ibu bapa harus memiliki kesabaran dan kebijaksanaan untuk memilih kaedah pengajaran yang tepat dan disenangi oleh anak-anak agar misi tercapai dengan sempurna. 

Panduan mendidik anak bersolat ada di dalam buku ini...

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com



Monday, January 28, 2013

TAHNIAH BUAT PERMATA HATI UMMI...

Syukur alhamdulillah kerana Allah terus menyuburkan minat dan memekarkan bakat puteri kesayangan kami, Nur Natasha Azeze, dalam bidang Tarannum Al-Quran. Sebagai persediaan untuk ujian diperingkat Daerah dan Negeri pada bulan Mac dan April 2013 nanti... Tasha sudah mula mempamerkan peningkatan dalam tahap penguasaannya di bidang Tajwid, Tarannum, Suara dan Fasohah.

Alhamdulillah pada ujian tilawah peringkat Kelas Tahsin Al-Quran bagi Daerah Seremban baru-baru ini Tasha telah berjaya menempatkan diri di tempat pertama.


Terima kasih kami kami ucapkan kepada Guru Tahsin Al-Quran Negeri Sembilan, Ustaz Samsuddin Abdullah, yang telah mendidik Tasha sejak dari usia 7 tahun lagi. Tidak juga dilupakan arwah Ustaz Mohd Akib, Ustaz Nik Azizan, Ustaz Amirrahman, Ustazah Suraya dan lain-lain yang telah sama-sama membentuk puteri kami hingga ke tahap ini.

Moga pencapaian Tasha ini akan memberikan inspirasi kepada anak-anak, para remaja dan kita semua untuk lebih mendekati Al-Quran dan mendalami ilmu Al-Quran yang sangat indah dan luas ini. Amin...