Tuesday, September 25, 2012

BUKU BAHARU: Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?

 
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. 

Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. 

Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. 


Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. 
 
Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com
 

BUKU BAHARU: 150 Tip Sayang Ibu

 

Buku “150 Tip Sayangi Ibu” ini merupakan sebuah bingkisan buat si anak yang mencari redha Allah SWT melalui redha ibu.

Terdapat 150 jalan praktikal bagaimana caranya kita bergaul dengan ibu dalam pelbagai suasana dan situasi. Ia menjelaskan kepada anda jalan-jalan amali untuk berbakti kepada ibu anda, jalan-jalan yang akan membawa anda kepada redha dan restu ibu.


Mulakan langkah pertama hari ini dengan istiqamah. Buku ini juga sesuai dijadikan hadiah buat adik-beradik dan rakanrakan. Jadikanlah buku ini sebagai rujukan kuliah dan usrah anda. Semoga kita dapat berbakti selagi ibu masih ada.


Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com

Sunday, September 9, 2012

Ummi & Ayah Doakan Tasha Berjaya... AMIN!!!


N - Nur Natasha Azeze... bersediahlah puteriku untuk berjuang
U - UPSR ini bakal menjadi medan tempurmu yang pertama
R - Ruang jaya sudah rindu menantimu... untuk kau bersemayam di sana

N - Namun usah kau lupa pesan Ayah, pesan Ummi juga pesan Gurumu
A - Anugerah gemilang hanya boleh kau raih dengan usaha
T - Tanpa rasa jemu, tanpa rasa putus asa
A - Asahkan penamu agar dapat membidik tajam... penuh yakin
S - Sulami juga dengan solat, doa dan munajat... kerana
H - Hanya Allah sebaik-baik penentu kejayaanmu
A - A dalam dakapan mu, bukan satu... tetapi LIMA, insyaAllah

A - Ayah dan Ummi akan terus berdoa untuk kejayaan mu
Z - Zuriat yang telah kami tatang bagai minyak yang penuh
E - Engkaulah harapan kami... Kejayaanmu bakal dinanti
Z - Zon peperiksaan kini di hadapan mu
E - Engkau tempuhlah dengan yakin... dan tawakkal kepadaNya

Kepada rakan-rakan pembaca semua, mohon sama-sama mendoakan kejayaan puteri kami dalam mengharungi peperiksaan UPSR pada 11 - 13 Sep 2012 ini. Moga-moga Allah menganugerahkannya dengan kejayaan yang paling cemerlang... Amin...