Monday, April 30, 2012

Permata Ummi... Melangkah Lebih Jauh

Assalammualaikum semua…

Lama saya tak bercerita tentang anak kesayangan kami, Tasha… kan? Kali terakhir kami cerita rasanya pada 2009 semasa beliau berjaya menjadi Johan tilawah Al-Quran peringkat Kanak-Kanak anjuran syarikat Sapura Holdings. Tapi lepas tu senyap… tanpa berita… hmmm… (klik untuk entry tersebut).

Hehehe… bukan tak mau cerita, tetapi tak banyak berita nak dikhabarkan. Sepanjang dua tahun lebih ini Tasha lebih kami galakkan untuk meningkatkan lagi kemahirannya di bidang ilmu Al-Quran (Tajwid, Tarannum, Fasohah dan lain-lain), di bawah bimbingan Ustaz Samsuddin Abdullah (Guru Tahsin Al-Quran N. Sembilan yang juga bekas Qari N. Sembilan di peringkat kebangsaan).  Sepanjang tempoh ini ada juga Tasha kami dedahkan dengan beberapa ujian tilawah, bukan untuk kemenangan, tetapi sekadar untuk mengukur tahap kemahirannya.

Kalau 2009 dulu, dengan suaranya yang masih nyaring (al-maklum budak darjah 3), kini setelah usianya menjejak 12 tahun (darjah 6 lah tu), pastinya banyak peningkatan yang boleh rakan-rakan saksikan, bukan? Berikut adalah bacaan Tasha, semasa ujian akhir Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Seremban 2012 yang telah berlangsung pada 17 April 2012 lalu. Dengarkan…



Agak-agak boleh dapat nombor tak… yealah… ada tersangkut pula pada penghujung bacaan? Alhamdulillah… pada tahun ini Tasha berjaya menduduki tempat ke-2 bagi Kategori Remaja. Okay lah tu… lebh-lebih lagi bilamana beliau perlu diuji bersama-sama peserta lain yang rata-ratanya dari sekolah menengah (sekolah menengah agama lagi…). Sesungguhnya, Allah nak Tasha dalami lagi ilmuNya.

Masih banyak yang perlu anak kami pelajari. Pencapaian yang berperingkat-peringkat ini, kami harapkan akan terus membakar semangatnya untuk terus mendalami ilmu Al-Quran. Pada kami kejayaan yang dicapai secara bertahap-tahap adalah lebih baik berbanding kejayaan yang datang sepantas kilat. Kami khuatir kejayaan yang telalu awal akan menjadikan Tasha leka pada matlamat asal beliau kami hantar untuk mempelajari Al-Quran. 


Beliau tidak kami hantar belajar untuk pertandingan… tetapi kami hantar untuk mendalami ilmu Al-Quran agar ilmu ini akan dapat beliau sampaikan kepada generasi akan datang. Moga satu masa nanti Tasha mampu mencapai tahap seperti mana idolanya, Ustazah Syarifah Kasif, insyaAllah.

Wednesday, April 18, 2012

PRODUK BARU: Majalah Al-Ustaz

CABARAN KITA

Kita sentiasa terpedaya dengan dunia. Umur semakin meningkat, salah silap sudah lagi tidak tersukat, sedangkan kiamat semakin dekat. Jika ilmu tidak ada, bagaimana amal akhirat hendak dibuat? Masa yang ada masihkah sempat?

JALAN KELUAR

Majalah Al-Ustaz mucul sebagai cahaya menerangi hati. Ia adalah majalah agama yang berkonsepkan soal-jawab yang merangkumi pelbagai subjek aqidah, fiqah, tajwid, kekeluargaan, dakwah, kewanitaan, remaja, hadith, muamalat, tasawuf, politik, dan sebagainya.

Sebuah bingkisan bulanan yang MESTI anda miliki, kerana setiap persoalan dan kemusykilan anda bakal dirungkai dan dijelaskan oleh pakar-pakar Fiqah dari dalam dan luar negara.


Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com