Wednesday, February 18, 2009

Usah Politikan Pendidikan Anak-Anak Kita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Adik Bijak,

Lama saya tidak menulis di Buletin AdikBijak ni. Lebih dua bulan rasanya. Tiap kali tak dapat menulis tentu saya berikan alasan kerana kesuntukan masa... hehehe. Nak buat macam mana memang itu realitinya. Walau pun saya ni bekerja dari rumah... sibuknya tak kurang macam rakan-rakan yang bekerja di pejabat. Emmm... rasanya lebih lagi lah... yealah... bekerja dari rumah ni bukan saja perlu uruskan hal-hal berkaitan kerja (AdikBijak.com) tetapi dalam masa yang sama perlu juga melaksanakan tugas-tugas selaku suri rumahtangga. Kira dah jatuh dalam kategori multi-tasking dah ni... hehehe.

Apa pun saya cukup seronok dan bahagia dengan hidup saya kini. Pun begitu bila tak dapat menulis... rasa rindu pula dengan rakan-rakan semua. Justeru saya gagahkan juga untuk menulis pada bulan ini.

Bermula Disember 2008 lalu saya mula kembali mengajar di tadika. Bukan sepenuh masa... tetapi lebih kepada secara sambilan. Cuma satu jam sahaja setiap pagi melatih anak-anak bangsa saya untuk belajar membaca. Seronok juga bila dapat kembali mengajar ni... yealah dapat saya gilap kembali skil mengajar. Tambah seronok lagi bila melihat keletah anak-anak berusia 3 hingga 5 tahun yang begitu bersemangat untuk belajar. Minda mereka masih bersih dan jiwanya pula suci... maka cukup mudah untuk kita sampaikan apa juga ilmu dan mereka akan serap semuanya seumpama span.

Anak-anak kecil yang saya didik ini mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Ada yang pendiam, ada yang aktif dan tidak ketinggalan juga yang hyper-aktif. Dari segi penerimaan pelajaran pula... mereka mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Ada yang cepat, dan ada yang agak perlahan. Tetapi satu faktor yang saya dapat kenal pasti mejadi pemangkin kepada cepatnya kanak-kanak ini membaca adalah bimbingan dan galakan tambahan yang diberikan oleh ibu bapa di rumah.

Amat jelas saya lihat anak-anak yang membuat ulangkaji di rumah bersama ibu bapanya mempunyai tahap pencapaian yang jauh ke hadapan berbanding kanak-kanak lain. Anak-anak ini juga kelihatan lebih ceria dan bersemangat ketika di sekolah. Ibu bapa anak-anak ini pula tiap kali terserempak dengan saya atau guru-guru lain pasti tidak melepaskan peluang untuk menceritakan keletah anak-anak mereka menyanyi dan membaca di rumah... dan menyatakan betapa bangganya mereka dengan pencapaian anak-anak ini. Ahhh... bahagianya anak-anak yang dapat membesar dalam persekitaran yang serba kondusif ini. Pemerhatian ini memperkukuhkan lagi keyakinan saya bahawa peranan ibu bapa dalam membimbing dan mendidik anak-anak di rumah menjadi faktor utama dalam melahirkan anak-anak yang hebat dan cemerlang.

Dalam suasana ekomomi dunia yang agak tidak menentu kini, ramai ibu bapa dilihat mempertingkatkan usaha memperkukuhkan keadaan ekonomi keluarga. Mana-mana ibu yang sebelum ini duduk di rumah kini sudah mula berusaha kembali ke dalam pasaran kerja. Buat si ayah pula mula berkira-kira untuk melakukan pekerjaan sambilan (tambahan)... Tetapi bagaimana pula dengan masa untuk mendidik anak-anak?!

Tiada salah untuk kita terus berusaha meningkat dan memperkukuhkan ekonomi keluarga. Tetapi pastikan masa berkualiti bersama anak-anak tidak terganggu atau dikorbankan. Kita perlu sedar bahawa anak-anak ini merupakan pelaburan kita untuk masa hadapan... bukan sahaja untuk diri kita tetapi lebih utama mereka merupakan aset masa hadapan buat Agama dan Negara kita. Oleh itu luangkanlah sedikit masa, masa yang berkualiti, bersama anak-anak setiap hari.

Saya yakin rakan-rakan semua merupakan ibu bapa yang sangat perihatin ke atas pendidikan anak-anak. Tahniah kami ucapkan kepada semua. Tetapi malangnya masih ada segelintir manusia yang tidak melihat pendidikan itu sebagai satu yang sangat penting... sebaliknya sanggup memperkudakan masa depan anak-anak kecil ini untuk mencapai hasrat dan matlamat peribadi.

Biarlah anak-anak kita tu belajar dengan tenang dan ceria. Tak kiralah samada mereka itu belajar di TADIKA Kemas ke, TABIKA Perpaduan ke, PASTI ke atau pusat-pusat pendidikan pra-sekolah yang lain... usah ganggu mereka!!! Sedih bila saya lihat anak-anak yang masih mentah ini diheret ke dalam kemelut yang mereka tidak fahami.

Politik itu perlu dalam pentadbiran negara. Namun banyak kita perhatikan pengelibatan "orang-orang politik" di tempat-tempat yang tidak sepatutnya hanya membawa lebih banyak masalah berbanding penambahbaikan. Lihat sahaja apa yang berlaku di dalam institusi sukan contohnya... adakah pengelibatan mereka ini membawa peningkatan yang kita harapkan?

Bak kata Nabil (Raja Lawak)... "Lu fikirlah sendiri...!!!".

Okay lah... cukup dulu sembang saya buat kali ini. Kena sambung buat kerja multi-tasking balik... hehehe... Saya harapkan lontaran idea saya ini dapat membuka minda semua dan jika ada terkasar bahasa atau tersinggung mana-mana pihak tu... saya mohon berbanyak kemaafan.

Oh yea... hampir lupa pula. Suka saya maklumkan yang saya akan ada bersama semasa sesi kursus Bacalah Anakku dan ReadEasy yang akan diadakan pada hujung bulan ini di Seremban (28 Feb & 1 Mac). Buat rakan-rakan yang ingin meningkatkan ilmu mendidik anak-anak cepat membaca di rumah... amat-amat saya galakkan anda mendaftar dan menyertai kursus yang telah dijadualkan ini.

Kami juga akan membuka meja jualan buku-buku. Dan untuk dua hari tersebut anda boleh mendapatkan buku-buku edaran AdikBijak.com pada harga yang sangat istimewa. Datanglah yea...

Kita berbicara lagi nanti...


Selangkah Lebih Bijak

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Bahan bacaan tambahan yang saya cadangkan:

1 comment:

Anonymous said...

ya betul tu dan ada jugak yang tidak. Kenkdang cakap tidak serupa bikin sebab sesuatu yang dibuat ada matlamat dan maksud tersembunyi samada baik atau buruk. Jika kerja tidak mempunyai perancangan rapi lebih2 lagi dalam satu bidang dengan tanpa bermesyuarah dan berdepat dengan yang ahlia akan bidang berkenaan akan bercelarulah kerja itu. Seperkara lagi ada juga yang menjadikan sesuatu itu sebagai batu loncatan untuk menjayakan cita2 seseorang individu tanpa mengira akibat, permasalahan serta implikasi yg akan timbul kemudian. Tepuk dada tanya selera dan yg paling penting serta utama ialah nawaitu serta kaedah yang dijalankan biarlah seragam agar nanti bukan saja kelemahan tampak malah untuk memperbetulkannya pun akan menjadi sulit, jadi timbullah berbagai alasan bagi menutup kelemahan sementara mencari alasan lain juga untuk menutup kelemahan. Maka walhasil balik asal, tiada siapa pun yg untung malah kerugian akan berganda-ganda yg tentu akan menjurus kepada kehancuran yang lebih parah.