Monday, March 7, 2011

Tips # 35: Didik Anak Membaca Seawal Dalam Kandungan (Bah. 2 - Belaian)

TIPS #35 :: DIDIK ANAK MEMBACA SEAWAL DALAM KANDUNGAN (BAH. 2 - BELAIAN)

Tips kali ini saya petik dari blog mentor saya, Puan Nik Ilyani (Pengasas Program Bacalah Anakku) di http://cepatmembaca.blogspot.com

Belailah bayi dalam kandungan dengan mengusap daripada bawah perut ke pusat bermula 13 hingga 27 minggu. Daripada kepala ke jari kaki daripada 28 minggu. Usapan sebegini akan membantu perkembangan saraf-otot bayi.



Bercakap-cakap dan bisikkan harapan kita kepada bayi dalam kandungan dengan penuh kasih sayang. Belaian sebegini merupakan rangsangan yang akan membantu pembentukan jaringan di antara sel-sel otak (jaringan synapses). Lebih banyak jaringan maka lebih cerdiklah bayi kita. Amalan ini amat penting terutamanya setelah bayi yang dikandung berumur 8 bulan.


Rangsangan-rangsangan daripada kita, ibu, terutama pada bulan-bula terakhir akan memberi kesan kepada saiz otak dan tahap kecerdasan bayi yang masih dikandung.

Usapan ibu menenangkan dan menghiburkan... hatta buat bayi yang masih di dalam kandungan!!!


Produk Sokongan Yang Dicadangkan:

1 comment:

Sitisifir10 said...

Selalunya belaian dalam kandungan ni lah yang dilupakan... (saya lah tu) sedangkan ia memberi impak besar kepada anak satu hari nanti