Monday, March 17, 2008

TIPS #22 :: Mulakan Dengan Bercerita... Bukan Membaca (Bah. III)

MULAKAN DENGAN BERCERITA... BUKAN MEMBACA (BAH III)

Kita sambung lagi dari tips yang lalu...

Apabila minat kepada buku sudah tertanam di dalam diri anak-anak... tugas untuk kita melatihnya membaca akan menjadi lebih mudah. Dengan menggunakan buku cerita yang sama, secara perlahan-lahan, anda mula menarik perhatian si kecil kepada tulisan-tulisan yang ada pada buku cerita tersebut. Ini tidak bermakna anda boleh mula "membaca", ya. Belum lagi...

Pada peringkat ini apa yang boleh anda lakukan adalah menarik perhatian anak anda kepada frasa-frasa tertentu di dalam cerita tersebut. Contohnya anda boleh berkata...

"Hmmm... apa agaknya si arnab ni cakap ya? Mari kita tengok apa dia kata di sini", sambil anda menunjukkan kepada frasa ayat yang menunjukkan dialog "si arnab" tadi. Cara ini memberitahu si kecil yang sebuah buku bukan hanya mengandungi gambar sahaja... tetapi ada "objek" lain yang juga menyampaikan cerita kepadanya.

Kemudian anda bacakan satu persatu patah perkataan dalam dialog tersebut dengan nada suara yang sesuai sambil jari anda menunjukkan kepada setiap perkataan terbabit.

Sebagai tambahan anda pilih satu atau dua perkataan yang sering berulang dalam buku tersebut. Dan semasa bercerita kepada anak anda tarik perhatiannya kepada perkataan tersebut. Contohnya dalam kisah "Arnab dengan Kura-Kura" anda mungkin pilih perkataan "arnab". Setiap kali terjumpa perkataan ini anda tunjukkan dengan cari anda.

Setelah beberapa kali... anda bertanya pula kepada anak anda apakah perkataan yang sedang anda tunjuk. InsyaAllah, anak anda akan lekas menjawab... "ARNAB!!!". Tahniah...!!! Anak anda telah dapat membaca perkataan pertamanya!!!

Pendekatan ini adalah pendekatan yang dikenali sebagai Kata Kunci (Key Words) di mana kanak-kanak belajar membaca dengan mengenali bentuk-bentuk perkataan. Antara set yang terkenal menggunakan kaedah ini dalam mendidik kanak-kanak membaca adalah siri Key Words With Ladybird.

Buku-buku yang dicadangkan:

3 comments:

Anonymous said...

akum pn rosnita
jika diberi pilihan antara bahasa melayu dan inggeris yang mana lebih diutamakan untuk diajar kepada anak2? ada yang mengutamakan bahasa inggeris (atau bahasa2 yang lain) sehingga anak tersebut tak berminat dengan bahasa melayu. anak saya (1thn 10 bulan)diajar dengan kedua2 bahasa cuma secara keseluruhannya dia selesa berbahasa melayu. bila berhadapan dengan ibu2 dan anak2 yang sukakan medium inggeris, saya rasa anak saya jauh terkebelakang. bila berinteraksi, mereka saling tak faham dan saya rasa rendah diri dan merasa kurang memberi pendidikan kepada anak saya. semua ibu mahu berikan yang terbaik untuk anak2 dan saya harap masih belum terlewat untuk perbaiki keadaan. harap puan dapat membantu.

Anonymous said...

Waalaikummussalam,

Antara BM dan BI sebenarnya tidak perlu timbul yang mana lebih perlu diutamakan. Kedua-duanya sama penting. Malah jika anda tahu berbahasa Arab, Mandrin, Perancis dan lain-lain... amat saya galakkan anda perkenalkan semuanya sekali kepada anak anda.

Pendekatan anda memperkenalkan BM dan BI serentak adalah pendekatan yang betul. Kanak-kanak pada usia awal sehingga kira-kira 10 tahun mampu dilatih dan diasuh untuk menguasai lebih dari dua bahasa. Dan masalah anak lebih selesa berbahasa Melayu perlu kita fahami kerana pengaruh penggunaan BM di sekelilingnya yang lebih ketara berbanding BI.

Apa yang suka saya sarankan adalah teruskan dan tingkatkan usaha anda. Usah bandingkan anak kita dengan anak orang lain sangat... kerana tahap kemajuan setiap kanak-kanak adalah berbeza-beza.

Apa yang lebih utama adalah kita tidak putus asa dan sentiasa istiqamah dalam mengasuh anak. Saya sendiri di rumah, anak saya akan berbahasa Melayu dengan saya... tetapi dengan ayahnya... diperlu berbahasa Inggeris sebab ayahnya hanya berkomunikasi dengannya dalam BI dalam kebanyakan masa.

Walaupun di rumah anak saya nampak macam kurang menguasai BI... tetapi apa yang saya perhatikan bila dia berada di tengah-tengah suasana yang memerlukannya berbahasa Inggeris... dia mampu menguasai suasana tersebut dengan baik dan bertutur dalam BI dengan lancar

Anonymous said...

Salam...Puan,
Saya suka sangat dengan segala tips yg terkandung dalam AdikBijak.com. Saya dah cuba praktikkan segala tip pada anak saya seawal umur 2 tahun. Kini puteri saya dah mencecah umur 3 tahun 5 bulan (Desember genap 4 tahun) dan telah bersekolah di salah sebuah tadika yang mengamal kan sistem pembelajaran menggunakan buku2 siri cepat membaca/ Ladybird (Peter&Jane). Untuk kanak2 yg berumur 3&4 tahun dimulakan dgn bahan bacaan dan bahasa perantara dlm Bahasa Inggeris. So far saya nampak sangat pencapaiannya dalam pendidikan awal anak saya itu....Dan kini puteri saya tu dah melompat ke kelas murid2 5 tahun.Setelah jelas nampak kesannya dari tips2 yang terkandung dalam blog ni saya pasti akan forward kan pada kawan2 yang lain utk dipraktikkan kesahihan tips yang puan berikan. Terima Kasih Puan...harap selepas ni banyak lagi tips2 yang membina demi mendidik anak bangsa seawal usia mereka. Terima Kasih....
From...erma248@yahoo.com
ermadina@ilpapnt.gov.my