LATIHAN MEMBACA MELALUI PERMAINAN - BAHAGIAN I
Melatih kanak-kanak membaca tidak semestinya memerlukan buku atau kad imbas. Dan latihan membaca juga tidak semestinya terhad di rumah, sekolah dan perpustakaan sahaja. Anda boleh melatih mereka membaca di mana sahaja... walau pun tanpa sebarang bahan bacaan di tangan.
Tips kali ini suka saya kongsikan satu permainan yang akan dapat mengukuhkan penguasaan anak anda kepada bunyi-bunyi huruf (fonik). Apa kata kita namakan permainan ini "TEKA NAMA".
Permainannya mudah sahaja... anda bermula dengan memberikan bunyi satu huruf... contohnya anda akan sebut "aaa". Kemudian ambil giliran untuk menyebutkan apa sahaja perkataan yang bermula dengan bunyi "aaa".
Katakan anda bermula dahulu (sebagai model agar anak anda faham peraturan permainan ini) dengan berkata... "aaa" untuk "AYAM". Kemudian beri peluang untuk anak pula. Katakan dia pula meneka... "aaa" untuk "ADIK". Giliran kembali kepada anda untuk anda meneka lagi. Dan begitulah berulang-ulang.
Pusingan ini akan berakhir apabila salah seorang dari peserta gagal memberikan perkataan yang bermula dengan fonik yang dipilih. Dan peserta terakhir memberikan perkataan diumumkan sebagai pemenang... yeehhh!
Pusingan seterusnya... pilih pula fonik yang lain... seperti "beh", "ceh", "deh" dan seterusnya.
Permainan ini ideal dilakukan semasa dalam perjalanan jauh, atau anda sedang menunggu (yang lama) atau di mana juga. Kalau dalam kenderaan tu... jika semua penumpang dapat ambil bahagian ianya pasti akan menjadi aktiviti menyeronokkan.
Cubalah...!
4 comments:
assalammualaikum Pn Rosnita...saya bersetuju dgn Puan..tidak semestinya dgn mgunakan flash card anak boleh tdorong utk membaca...suasana psekitaran juga mempengaruhi..cthnya jika kite selalu membaca (x kira baca apa)di depan anak kita...lama kelamaan anak juga akan mengikut tabiat itu...kanak2 kan suka mengikut apa yg org lain buat dlm erti kata lain terpengaruh...jadi tunjukkan perbuatan yg baik nescaya akan jadi ikutan...www.ayousha-ayousha.blogspot.com
salam...saya suka info kat blog ni...boleh saya gunakan info ni untuk tatapan rakan lain di blog saya...untuk sharing info berguna ni
Mama_Aqish... boleh letak diblog anda asalkan bagi proper credit dan link back ke Blog AdikBijak yea ;)
mohon share
Post a Comment