Tuesday, April 3, 2007

Tips Cepat Membaca - Siri 11

TAG NAMA UNTUK PETI SEJUK?

Latihan membaca tidak terhad kepada buku-buku, kad imbas dan majalah semata-mata. Dengan kerativiti yang ada kita boleh menjadikan seluruh bahagian rumah menjadi medan latihan membaca untuk anak-anak.

Caranya cukup murah dan mudah... iaitu dengan meletakkan label-label pada pelbagai objek yang terdapat di rumah. Contohnya letakkan label pada Almari Baju, Peti Sejuk, Pintu dan Sofa. Anda juga boleh letakkan label pada tempat-tempat penting seperti Bilik Air, Dapur, Ruang Makan dan Bilik Tidur.

Dengan adanya label (atau Tag Nama) pada objek-objek ini anak-anak anda akan dapat memadan dan mengaitkan "perkataan" pada label tersebut dangan "objek" yang dilihat. Label-label ini juga memberikan peluang untuk anak anda berlatih mengeja walau di mana dia berada di dalam rumah.

Jangan lupa untuk rajin-rajin bertanyakan anak anda tentang label yang ada. Buat seolah-oleh satu permainan "Tunjuk dan Eja" (Show and Spell) agar anak anda seronok untuk belajar dan mengingati perkataan yang tertera.

Tips Membuat Label

Label yang dibuat seeloknya mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Ditulis dengan Huruf Kecil sepenuhnya
  • Bersaiz agak besar agar mudah dilihat oleh kanak-kanak dari suatu jarak yang agak jauh
  • Tulisan adalah berwarna-warni (warna berlainan untuk setiap huruf). Seeloknya gunakan warna yang terang
  • Tulisan tidak dihiasi dengan sebarang gambar
  • Di laminate dengan plastik agar tahan lama
AMARAN !!!

Jangan letakkan label pada objek atau peralatan yang berbahaya seperti Cerek Panas, Pisau dan Punca Elektrik. Atau objek mudah pecah / berharga seperti Pasu, Barangan Kristal dan Bingkai Gambar. Kanak-kanak selain dari membaca juga suka menyentuh dan memegang objek yang telah anda labelkan. Jadi gunakan budi bicara anda di mana dan objek apa yang ingin dilabelkan.

3 comments:

~SyaFini Rosli~ said...

Salam Puan Rosnita,

Tentang imej huruf yg ditulis sepenuhnya dgn huruf kecil, Fini pun x tau pd mulanya. Kalau kita nk mengajar kanak-kanak, mulakan dgn huruf kecil sbb kanak-kanak menghafal imej huruf utk dikaitkan dengan huruf tersebut. Itu pun Fini tau sebab masa nak buat projek tahun akhir guna kaedah fonemik, kakZai (Zairani-penulis buku Cepat Baca) yg beritahu. Kalau kita mengajar kanak-kanak dengan huruf besar, mereka x dpt nk differentiate antara huruf-huruf sbb mereka hafal sebagai satu blok kotak yg sama. Ish, x reti nk terangkan kt sini sbb masa tu pun kakZai explain secara berdepan. Fini faham konsep tu, tp mgkin Puan Rosnita boleh terangkan dengan lebih baik. Maaf.

Anonymous said...

Waalaikummussalam Fini,

Sebab utama kita perkenalkan kanak-kanak kepada huruf kecil dulu adalah kerana hampir keseluruhan perkataan yang kita jumpa seharian, dan tertulis pada buku-buku adalah dalam huruf kecil.

Huruf besar cuma digunakan sesekali iaitu pada permulaan ayat, permulaan nama khas dan dalam kes-kes tertentu sahaja.

Dengan menguasai huruf kecil... kanak-kanak sudah agak selesa untuk menguasai kebolehan membaca.

Keperluan kepada penguasaan penggunaan huruf besar boleh diterapkan kemudian...

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

Erm, a'ah Fini terlupa yang kebanyakan huruf yang kita jumpa adalah huruf kecil. Hehe, terima kasih atas penjelasan Puan.