Thursday, February 22, 2007

Tips Cepat Membaca - Siri 3

BERMULA DENGAN "AA"... "BEH"... "CEH"... BUKAN A... B... C...

Ingin anak-anak anda cepat membaca dari seawal usia 3 tahun??? Anda perlu mulakan dengan meletakkan asas yang betul. JANGAN... ajar anak anda ABC!

Bunyinya agak drastik, bukan? Lebih-lebih lagi telah turun temurun kita mempraktikan amalan mengajar anak-anak ABC (dan ALIF, BA, TA). Bila mereka boleh mengucapkan ABC sampai Z kita rasa seronok. Pun begitu kita dapati walaupun mereka telah mengenali ABC lebih awal... anak-anak masih gagal menguasai kemahiran membaca. Tanyakan kanak-kanak berusia 7, 8 atau 9 tahun (malah yang 13 tahun pun) yang mempunyai masalah membaca... adakah mereka mengenali ABC? Saya pasti mereka semua kenal ABC. Tetapi kenapa tidak boleh membaca?

Untuk pengetahuan anda... nama-nama huruf tidak memberikan apa-apa makna buat kanak-kanak. Dan mengajar mereka nama-nama huruf tidak akan membantu mereka untuk cepat membaca. Ini kerana setiap perkataan adalah dibentuk daripada gabungan BUNYI-BUNYI huruf... bukan nama huruf!

Untuk membantu anak-anak cepat membaca kita perlu sedari awal memperkenalkan BUNYI HURUF kepada mereka. Elakkan memperkenalkan NAMA HURUF kerana ianya tidak memberikan apa-apa faedah dan makna untuk anak-anak. Bila anda memperkenalkan "A"... (penggunaan kad imbas amat sesuai untuk latihan ini)... anda perlu sebut "aa". Bila tunjuk "B" anda sebut "beh" dan seterusnya.

Biar anak anda bila nampak ABC hingga Z... terus sebut "aa", "beh", "ceh" hingga "zeh"... berbanding anak orang lain yang sebut nama huruf kerana bila mereka sudah mampu menguasai bunyi-bunyi huruf... mereka akan mudah membentuk perkataan hasil gabungan bunyi-bunyi yang telah mereka kuasai.

Cubalah... hasilnya pasti menakjubkan.

Tips Tambahan: Untuk anda yang mula memperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak-anak... suka kami usulkan supaya memperkenalkan huruf-huruf kecil dahulu (cthnya a, b dan c) dan kemudiankan huruf-huruf besar (cthnya A, B, dan C). Sebabnya... dalam penulisan huruf-huruf kecil lebih banyak digunakan berbanding huruf-huruf besar.

Nota: Tak tahu macam mana sebutan bunyi setiap huruf? Anda boleh dapatkan panduan tepat melalui "Set Bacalah Anakku" dan "ReadEasy" atau anda juga boleh dapatkan "VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku" yang dijual secara eksklusif di AdikBijak.com


3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum kak rozita..

saya nak tanya pendapat.saya gunakan bahasa inggeris untuk bercakap dgn anak saya yg skrg berumur 15 bulan.Dia mmg sudah tahu arahan menggunakan bahasa inggeris.Skrg saya ingin mengajarnya membaca step by step.adakah saya perlu mengajar fonetic english or melayu pada anak saya. mana yang lebih berkesan? harap dpt memberi bimbingan..tq

Anonymous said...

Waalaikummussalam,

Jika ikut pengalaman saya mengajar anak saya membaca... suka saya usulkan anda mengajar anak anda dalam B. Melayu menggunakan pendekatan fonetik (Bacalah Anakku), sementara B. Inggeris pula menggunakan pendekatan key words seperti yang digunakan pada Key Words With Ladybird.

Dengan pendekatan ini anak anda akan dapat menguasai dua kaedah membaca yang sangat baik.

Anonymous said...

Salam,

Saya sekrg tengah konpius nak belikan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku atau Early Reading Series ReadEasy Phonics...di rumah mmg bertutur melayu dan kurang gunakan b.inggeris...