Tuesday, January 3, 2012

BUKU BAHARU: Marah Tapi Sayang

Buku Marah Tapi Sayang menyediakan panduan dan tip-tip untuk menangani isu-isu remaja yang dihadapi oleh ibu bapa kini. Berbekalkan pengalaman sebagai pendidik yang sentiasa bersama remaja, penulis menggariskan strategi menangani konflik, mengurangkan kekecewaan, dan meningkatkan komunikasi bertoleransi. Kaedah komunikasi berilustrasi ini, memberi panduan yang berinovasi untuk menyelesaikan masalah remaja.

Selepas anda membaca buku ini, anda dapat mempelajari bagaimana:

  • Mendidik anak gaya Rasulullah SAW berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah
  • Memahami perasaan negatif anak remaja iaitu kekecewaan, marah, kurang keyakinan diri, dan sebagainya
  • Meluahkan rasa marah atau memberi teguran tanpa menyakiti hati remaja.
  • Mendapat kerjasama daripada anak anda tanpa paksaan
  • Mewujudkan hukuman alternatif daripada memukul atau menengking kepada yang lebih berhikmah
  • Menyelesaikan konflik keluarga secara baik


Rujukan PENTING buat anda yang mempunyai anak REMAJA di rumah!

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com

Wednesday, November 16, 2011

Jualan Pra-Cuti Sekolah: 16 - 25 Nov 2011

Sehari dua lagi anak-anak kita akan mula bercuti. Apa kata isikan masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah seperti membaca, dan juga melakukan eksplorasi ilmu yang sihat. Bagi membantu ibu-ibu dan para bapa merealisasikan matlamat ini, suka kami di AdikBijak.com mencadangkan beberapa produk untuk dihadiahkan kepada anak-anak bagi mengisi masa cuti sekolah mereka dengan cara bermanafaat.

ISIKAN MASA ANAK-ANAK DENGAN ILMU

Usah lepaskan peluang ini... kerana tawaran ini hanya untuk MASA TERHAD dan STOK TERHAD ditawarkan.



Tawaran terbuka kepada Ahli Biasa dan Ahli VIP.

TEMPOH TAWARAN: 16 - 25 NOV 2011
(atau sehingga stok masih ada)

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidil Fitri & Salam Kemerdekaan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bulan Ramadhan yang mulia ini tanpa sedar telah hampir meninggalkan kita. Dan dalam masa tak beberapa hari lagi kita semua akan meraikan hari kebesaran dan kemenangan... kejayaan kita mengharungi cabaran dan menahan hawa nafsu sepanjang bulan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan kita semua akan dipanjangkan usia agar dapat lagi mengecapi lagi kemanisan Ramadhan tahun hadapan. Apa pun kami sentiasa berdoa dan berharap semoga Ramadhan kali ini merupakan yang terbaik untuk kita semua.

Buat anak-anak yang mula belajar berpuasa... hari raya kali ini pastinya membawa makna yang lebih besar buat mereka. Tahniah kami ucapkan kepada anda yang berjaya melatih si comel tersayang anda melalui satu cabaran yang cukup berat dan lebih utama mendidik mereka menghayati kelebihan bulan Ramadhan.

Kami di AdikBijak.com dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan walau di mana jua anda berada. Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata kami yang menyentuh hati, tindak-tanduk kami yang tidak sedap dipandang atau khidmat mesra kami yang tidak mencapai tahap yang diinginkan. Di masa hadapan... jika ada kesilapan di pihak kami harap rakan-rakan dapat memberikan teguran dan nasihat agar AdikBijak.com akan menjadi lebih baik untuk semua.

Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 yang bakal kita sambut serentak dengan Aidil Fitri kali ini. Bersyukurlah atas keamanan, keharmonian dan kebebasan yang telah telah kita nikmati selama ini. Usah biarkan perbezaan pandangan, bangsa dan ideologi menjadi tembok yang menghalang untuk kita terus bersatu padu di bawah satu bumbung bernama Malaysia.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan semua yang terus menerus memberikan sokongan atas usaha kami ini yang telah melangkau lebih 6 Tahun dengan lebih 14,000 ahli berdaftar. Bersamalah kita berdoa semoga AdikBijak.com akan terus kukuh dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan anak-anak melalui pendidikan di rumah.

Terima kasih juga kami ucapkan buat rakan-rakan yang menghantarkan ucapan Selamat Hari Raya kepada kami... samada melalui kad, email, SMS dan sebagainya. Kami amat-amat menghargainya. Kami memohon maaf kerana kami belum mendapat membalasnya... semoga email ini dapat mengganti diri.

Sebagaimana tahun-tahun yang lalu... suka kami berpesan kepada rakan-rakan atas beberapa perkara berikut semasa musim perayaan ini:

  • Bila meninggalkan rumah pastikan semua alatan elektrik (yang tidak perlu) dipadam dan ditanggalkan punca kuasa. Dan pastikan juga pintu serta tingkap dikunci dengan sempurna.

Tips: Sebelum meninggalkan rumah bacalah Ayat Kursi ketika di dalam dan di luar rumah, ketika menutup pintu-pintu dan tingkap, dan ketika mengenakan kunci terakhir pada pintu pagar... seraya berdoa agar Allah melindungi kediaman anda semasa anda tiada. InsyaAllah, rumah anda akan terlindung dari perkara-perkara yang tidak diingini

  • Sentiasa bercermat ketika memandu. Usah gopoh atau terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi dituju. Ingatlah kepulangan anda sedang dinanti untuk dirai... bukan untuk ditangisi. Pandu cermat... semua pasti selamat.

Tips: Sebelum memulakan pemanduan pastikan anda dan semua penumpang di dalam kenderaan bersama-sama membaca Doa Naik Kenderaan. Pemandu sentiasa ada teman berbual. Dan cuba elakkan memandu pada waktu tengahari dan lewat malam (masa yang dikenal pasti ramai pemandu kerap hilang tumpuan)

  • Pastikan anda tahu di mana anak-anak berada... pada setiap masa!!! Dalam pada kita bergembira bertemu sanak saudara dan rakan taulan, adakala kita terleka. Di musim perayaan ini kenderaan banyak di jalanan, bunga api dan mercun dimainkan tanpa perhatian dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh mengundang kecelakaan. Lebih menakutkan... anak-anak hilang tanpa dapat dikesan. Sambil bergembira tu jangan lupa perhatikan si comel kesayangan kita yea...Ingat...!!!
  • Elakkan pembaziran semasa perayaan. Rancang perbelanjaan anda. Ingat lepas raya nanti... anak-anak nak masuk ke sekolah pula. Banyak perbelanjaan akan diperlukan bila sesi persekolahan bermula.
  • Akhir sekali... jangan lupa keluarkan ZAKAT.

Akhir kata Salam Keceriaan dan Keinsafan dari kami buat rakan-rakan semua. Semoga kita akan bertemu kembali selepas Hari Raya nanti.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin. Merdeka...!!! Merdeka...!!! Merdeka...!!!

"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Ikhlas dari kami,
* SHARIMAN AZEZE OTOH
* ROSNITA KISAII
* NUR NATASHA AZEZE
dan
KREW ADIKBIJAK.COM

Wednesday, July 27, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ya Allah berkatilah kami di bulan Syaaban yang sedang kami lalui ini, dan panjangkanlah usia kami agar dapat kami temui Ramadhan yang amat dirundui. Amin.

Jika dicongak-congak rasanya tinggal 5 hari lagi sebelum kita bertemu semula Ramadhan. Rindu sungguh rasanya menantikan bulan yang menjanjikan limpahan rahmat, kebajikan dan keampunan yang tiada sempadan atau tepian. Bila menantikan Ramadhan ini... kata orang rasa bagai menantikan kelahiran anak sulung. Penuh debar, penuh gembira... tetapi tetap disulam dengan rasa gusar dan resah. Yealah... sempat ke kita bertemu lagi Ramadhan?

Aneh... bulan yang Rasulullah telah isytiharkan sebagai "bulan umatku"... seperti sepi dari perhatian. Hanya sesekali terdengar dicorong radio IKIM.fm lagu-lagu tentang Ramadhan, juga iklan-iklan kurma yang menjentik emosi kita menyedarkan Ramadhan hanya tidak beberapa hari lagi. Selebihnya, Ramadhan seperti telah ditenggelami oleh promosi Hari Raya Aidil Fitri yang telah mula mengasak minda dan poket kita sejak sebelum Rejab lagi... haiiii...

Keutamaan kita telah dipesong oleh pengaruh-pengaruh komersial. Awal-awal lagi kita telah sibuk menempah baju raya, tetapi kita terlupa menyediakan ongkos untuk berinfaq. Awal-awal lagi kita telah membuat kuih-kuih raya, tetapi kita terlupa untuk menyediakan sedikit juadah buat disedekahkan kepada fakir miskin untuk berbuka puasa. Sanggup kita berjaga malam untuk menghias rumah, tetapi kita terlupa keutamaan mengejar Malam Al-Qadar.

Sayang bukan?! Ramadhan yang sepatutnya kita jadikan bulan penyucian jiwa, meningkatkan bekalan buat menemuiNya... kini jadi bulan menyiapkan diri dan keluarga buat bermegah dan bergaya di pagi Raya.

Hehehe... tak salah untuk kita bergembira dan berhias di pagi Raya. Malah ia adalah sunah untuk kita bercantik-cantik dipagi Aidil Fitri. Ia merupakan satu hari gembira yang telah disyariatkan buat kita umat Muhammad. Tetapi ingat... ia perlu dilakukan dengan cara yang bersederhana dan berhikmah. Jangan sampai jadi seperti lirik lagu yang pernah saya dengar...(irama ikut lagu Saloma)

Dimasa bulan Ramadhan,
Ramai yang puasa tak cukup sebulan,
Pabila Syawal menjelma,
Diorang raya sampai Hari Raya Haji

Bila tiba Ramadhan kita kerap berdoa semoga Ramadhan kali ini jadi lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Doa ini mesti kita iringi dengan action! Tapi bagaimana...?

Tanamkan azam dalam diri, jika dulu kita cuma sempat imarahkan masjid dua minggu pertama jer... tahun ini kita azam akan imarahkan sepenuh 30 hari Ramadhan. Jika tahun lepas kita sentiasa Tarawih di masjid, tahun ini kita bagi nilai tambah pula dengan sertai Tadarrus dan Qiamullail. Dan jika tahun-tahu dulu kita cuma dapat tunaikan Zakat Fitrah... tahun ini kita tambah lagi dengan bersedekah, dan berinfaq. Banyak lagi cara dan kaedah... untuk kita jadikan Ramadhan kali ini jauh lebih baik.

"Sesungguhnya dalam kerugian orang yang harinya sama seperti hari semalam, dan celakalah orang yang harinya ini lebih buruk dari hari semalam. Orang yang benar-benar beruntung adalah apabila hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada semalam"

Ramadhan tinggal tak berapa hari lagi, ada anak-anak comel kita bakal belajar berpuasa tahun ini. Elok rasanya rakan-rakan semua mula menyediakan anak-anak dari segi emosi tentang puasa. Mula bercerita dengan mereka apa itu puasa, kelebihannya dan kenapa kita perlu berpuasa. Dengan emosi yang telah sedia, insyaAllah akan lebih mudah untuk kita mengajak anak-anak berpuasa nanti... lebih-lebih lagi buat anak-anak yang bakal berpuasa untuk kali pertama.

Hmmm... rindu sungguh pada Ramadhan. Moga kita semua bakal melaluinya dengan jaya dan bertemu pula Syawal dengan jiwa yang bersih dan iman yang segar. InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq.

Selangkah Lebih Bijak

Puan Rosnita
AdikBijak.com

Bahan bacaan tambahan yang saya cadangkan: