
Buku  Marah Tapi Sayang menyediakan panduan dan tip-tip untuk menangani  isu-isu remaja yang dihadapi oleh ibu bapa kini. Berbekalkan pengalaman  sebagai pendidik yang sentiasa bersama remaja, penulis menggariskan  strategi menangani konflik, mengurangkan kekecewaan, dan meningkatkan  komunikasi bertoleransi. Kaedah komunikasi berilustrasi ini, memberi  panduan yang berinovasi untuk menyelesaikan masalah remaja.
 
Selepas anda membaca buku ini, anda dapat mempelajari bagaimana:
- Mendidik anak gaya Rasulullah SAW berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah
 - Memahami perasaan negatif anak remaja iaitu kekecewaan, marah, kurang keyakinan diri, dan sebagainya
 - Meluahkan rasa marah atau memberi teguran tanpa menyakiti hati remaja.
 - Mendapat kerjasama daripada anak anda tanpa paksaan
 - Mewujudkan hukuman alternatif daripada memukul atau menengking kepada yang lebih berhikmah
 - Menyelesaikan konflik keluarga secara baik
 
Rujukan PENTING buat anda yang mempunyai anak REMAJA di rumah!

No comments:
Post a Comment