Sunday, January 5, 2014


15 Pakej Istimewa... Pada Harga Hebat
 
Bersempena sessi persekolahan 2014 yang bakal bermula, AdikBijak.com dengan suka cita menawarkan beberapa pakej istimewa Promosi Kembali ke Sekolah 2014. Jangan lepaskan peluang ini bagi mendapatkan pelbagai pakej-pakej istimewa ini untuk anak-anak anda kembali ke sekolah dengan penuh berilmu.

Tawaran ini hanya untuk masa terhad sahaja.
 
 
Tawaran terbuka kepada Ahli Biasa dan Ahli VIP
 
TEMPOH TAWARAN: 23 DIS 2013 - 31 JAN 2014
 
Hadiah Premium
Dengan pembelian minima RM300.00 (dalam satu invois) akan melayakkan anda menyertai cabutan premium untuk memenangi salah satu dari hadiah-hadiah hebat berikut:
  • 3x Hadiah Premium: Penginapan 3 hari 2 Malam di Apartmen Suria, Bukit Merah Laketown Resort
Beli dan Menang
Setiap pembelian RM200.00 dan ke atas (dalam satu invois), sama ada pembelian melalui Pakej-Pakej JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH atau produk-produk lain di AdikBijak.com, sepanjang tempoh tawaran ini akan menerima satu unit Sun Shades secara PERCUMA*
 

Sunday, October 13, 2013

INFO KURSUS: Kursus Asas Cepat Membaca di N. Sembilan (Nov & Dis 2013)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
AdikBijak.com dengan kerjasama ReadNetwork Venture Sdn. Bhd. (penerbit buku Bacalah Anakku dan ReadEasy) akan menganjurkan Kursus Asas Cepat Membaca di Negeri Sembilan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

TARIKH MASA TAJUK TEMPAT
09 NOV 2013
(Sabtu)
9.00 pagi-12.00 tgh Kursus Asas
Bacalah Anakku & ReadEasy
Bilik Kuliah
Masjid Bandar Baru Senawang
Senawang, Negeri Sembilan
14 DIS 2013
(Sabtu)
9.00 pagi-12.00 tgh Kursus Asas
Bacalah Anakku & ReadEasy
Bilik Kuliah
Masjid Bandar Baru Senawang
Senawang, Negeri Sembilan

Melalui kursus pendek ini anda akan didedahkan dengan ilmu-ilmu berguna berikut:
  • Pendekatan Fonetik dalam Mengajar Membaca
  • Panduan Sebutan Bunyi Huruf yang Tepat
  • Pendekatan Asas Mengajar Membaca yang Betul
Kursus ini terbuka untuk para pendidik pra-sekolah, guru-guru dan juga ibu-bapa.

Yuran kursus hanya RM30.00 (termasuk minum pagi) dan tempat terhad kepada 50 peserta untuk setiap sessi. 


Berminat untuk menyertai kursus asas ini? Sila klik pada pautan berikut untuk memuat turun flyer rasmi kursus ini: [Download Flyer] atau anda boleh juga emailkan terus kepada AdikBijak.com di khidmat@adikbijak.com.

Dapatkan ilmu berguna dalam mendidik anak anda cepat membaca seawal usia 3 tahun.
Tempah tempat anda hari ini juga.

Sunday, June 30, 2013

BUKU BAHARU: Ajar Anak Kecil Membaca Awal

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri seramai 6 orang dan membantu mereka membaca awal, ditambah dengan pengalaman sebagai guru bahasa Inggeris selama 7 tahun, 15 tahun mengendalikan tadika sendiri, 14 tahun memberi kursus kepada ibu bapa dan guru dalam membantu mengajar anak kecil membaca awal.
Istimewanya buku ini:
  • MULA AWAL ketika dalam kandungan
  • RANGSANG setelah anak lahir
  • AJAR MEMBACA mula pada usia awal
  • KAEDAH FONETIK yang terbukti berkesan
  • DIDIK SENDIRI di rumah
  • Di tambah dengan lirik dan lagu
  • Komplemen kepada siri BACALAH ANAKKU dan READEASY

Tips Hebat Buat Ibu Bapa dan Pendidik untuk Melatih Kanak-Kanak Membaca Awal

Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan. Kajian serta pengalaman mereka berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak telah menghasilkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Kaedah Ini terbukti berkesan membantu anak-anak membaca pada usia prasekolah lagi.

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com

Sunday, April 21, 2013

BUKU BAHARU: Anakku Penyejuk Mataku


Setiap ibu bapa sewajarnya mampu menjawab salah satu persoalan pokok iaitu, Apakah pendekatan terbaik untuk memastikan anak-anak menghayati dan mengamalkan apa yang diajar? Adakah saya sudah mendidik anak secara seimbang? Apakah perkataan pertama yang patut saya ajarkan kepada anak saya?Selama dua puluh tahun saya mendidik anak ini, adakah saya sudah menyampaikan apa yang wajib saya sampaikan? Apa yang patut saya sampaikan kepada anak-anak saya? 

Persoalan ini nampak ringkas dan senang, namun apabila diperincikan ia tidaklah semudah seperti yang disangka. Inilah antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan melalui buku “Anakku Penyejuk Mataku”
 
Kandungannya memuatkan garis-garis besar kepada ruang lingkup pendidikan anak-anak. Buku ini harus dimiliki kerana ia memberi panduan dan tip berguna dalam mendidik anak-anak berteraskan al-Quran dan sunnah.

Disertakan kisah-kisah teladan yang dapat memberi inspirasi dan panduan. Persembahan buku yang menarik dan padat dengan informasi dan rekaan berwarna penuh dan ilustrasi berinformasi.

Tips Mendidik Anak Berteraskan Al-Quran dan Sunnah... yang MESTI Anda Miliki!

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com