Monday, February 4, 2013

BUKU BAHARU: Anakku vs. Solat - Bagaimanakah Mengajarnya?

Allah telah menetapkan kewajipan bersolat bagi hamba-hambaNya: tua dan muda, lelaki dan perempuan, yang sakit dan yang sihat, bahkan bagi kanak-kanak yang sudah memasuki usia 10 tahun. Pada usia tersebut ibu bapa WAJIB mendidik dan membiasakan anak-anak agar saat mereka baligh... mereka tidak kekok untuk bersolat dan melaksanakannya dengan sempurna. 

Ibu bapa harus menanamkan dan mendasari anak-anak dengan keimanan kepada Allah SWT sebagai tujuan solat dan semua kegiatan mereka. Demikian juga memperkenalkan dan mendekatkan mereka dengan masjid dan semua aktiviti di dalamnya

Buku Anakku vs Solat ialah terjemahan daripada buku Kaifa Nurobbii Aulaadanaa ‘ala Ash-Sholaah (‘Amaliyyan wa ‘ Ilmiyyan) karya Mushthafa Abul Mu‘athi. Ia menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat. Tip-tip berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat. 

Kaedah pengajaran berupa contoh teladan daripada kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam mendidik anak tentang solat. Memberi panduan khusus untuk anda dalam mendidik anak merangkumi kesemua aspek hidup dan bukan sahaja dalam aspek solat. 

Ibu bapa harus memiliki kesabaran dan kebijaksanaan untuk memilih kaedah pengajaran yang tepat dan disenangi oleh anak-anak agar misi tercapai dengan sempurna. 

Panduan mendidik anak bersolat ada di dalam buku ini...

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com



3 comments:

SHIKIN said...

as salam pn rosnita,
saya nak tanya ada restok tak VCD Tilmiz Doa Vol. 1.saya berminat utk dapatan cd nie. dulu pernah beli tapi dah hilang.tq

SHIKIN said...

as salam pn rosnita,
saya nak tanya ada restok tak VCD Tilmiz Doa Vol. 1.saya berminat utk dapatan cd nie. dulu pernah beli tapi dah hilang.tq

Puan Rosnita said...

Waalaikummussalam Shikin,
VCD Tilmiz ni dah takde lagi dipasaran sebab tidak lagi dikeluarkan oleh penerbitnya.

Harap maklum