Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya & Salam Kemerdekaan


Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri,

Kami di AdikBijak.com dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan walau di mana jua anda berada. Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata kami yang menyentuh hati, tindak-tanduk kami yang tidak sedap dipandang atau khidmat mesra kami yang tidak mencapai tahap yang diinginkan. Di masa hadapan... jika ada kesilapan di pihak kami harap rakan-rakan dapat memberikan teguran dan nasihat agar AdikBijak.com akan menjadi lebih baik untuk semua.

Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 yang bakal kita sambut sebaik sahaja sambutan Aidil Fitri kali ini. Bersyukurlah atas keamanan, keharmonian dan kebebasan yang telah telah kita nikmati selama ini. Usah biarkan perbezaan pandangan, bangsa dan ideologi menjadi tembok yang menghalang untuk kita terus bersatu padu di bawah satu bumbung bernama Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin. Merdeka...!!! Merdeka...!!! Merdeka...!!!

"SELANGKAH LEBIH BIJAK"

Ikhlas dari kami,
* SHARIMAN AZEZE OTOH
* ROSNITA KISAII
* NUR NATASHA AZEZE
dan
KREW ADIKBIJAK.COM

Monday, July 9, 2012

Al-Quran Al-Karim Dgn Panduan Waqaf & Ibtida'

~HARGA PENGENALAN SEPANJANG JUALAN ULANGTAHUN ADIKBIJAK.COM~

Harga Ahli Biasa : RM75.00 RM65.00
Harga Ahli VIP :
RM70.00 RM60.00 (5.0 BP)




"ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al-Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan (wakaf) dan memulakan bacaan (ibtida’) pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda-tanda wakaf."


Alhamdulillah... naskah al-Quran yang dinanti kini telah tiba. Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida' merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida' (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan yang pertama seumpamanya di dunia

Keistimewaan naskah al-Quran ini adalah menggunakan warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca memberhentikan bacaan dan memulakan semula bacaan dengan tepat dan sempurna.

Naskah ini tidak sesekali merubah tanda-tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu lebih baik dan lebih diutamakan.

Namun jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Naskah al-Quran ini menggunakan warna: Merah, Hijau dan Biru, di mana bagi warna merah, seseorang itu boleh berhenti pada akhir ayat yang berwarna merah dan memulakan ayat pada awal perkataan yang berwarna merah. Begitu juga dengan warna hijau di mana seseorang itu boleh berhenti pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan bacaan pada awal perkataan yang berwarna hijau. Manakala warna biru pula seseorang itu boleh berhenti pada perkataan yang berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya tanpa mengulang kembali perkataan yang berwarna biru.

Dapatkan naskah al-Quran ini hari ini juga bagi membantu anda dalam membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik terutamanya dalam menentukan di mana hendak berhenti... dan di mana hendak dimulakan kembali. InsyaAllah.

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com

Thursday, July 5, 2012

Jualan Ulang Tahun AdikBijak.com


Untuk meraikan Ulang Tahun ke-7 AdikBijak.com dan Bulan Ramadhan yang bakal tiba, kami telah menyediakan pelbagai pakej menarik yang boleh anda dapatkan pada harga sungguh istimewa.

19 PAKEJ ISTIMEWA

Usah lepaskan peluang ini... kerana tawaran ini hanya untuk masa terhad sahaja.


Tawaran terbuka kepada Ahli Biasa dan Ahli VIP.

TEMPOH TAWARAN: 01 - 31 JUL 2011

Sunday, May 20, 2012

Tips #36: Didik Anak Membaca Seawal Dalam Kandungan (Bah. 4 - Amalan Kerohanian)

TIPS #36 :: DIDIK ANAK MEMBACA SEAWAL DALAM KANDUNGAN (BAH. 4 - AMALAN KEROHANIAN)

Tips kali ini saya garap dari buku Amalan Ibu Mengandung karangan Ustazah Dato' Siti Norbahyah Mahamood



Aktiviti seharian kita, baik si ibu mahupun si ayah, akan memberikan pengaruh langsung kepada anak yang dikandung. Ibu dan ayah yang sentiasa melakukan amalan-amalan yang baik dan sihat akan membentuk sikap dan watak yang baik dalam diri bayi yang dikandung. Sebaliknya ibu dan ayah yang kerap bergaduh, melakukan maksiat atau perkara-perkara negatif lainnya... bakal melahirkan seorang anak yang yang keras hati, sukar belajar dan tidak mempunyai emosi yang stabil.

Mendidik anak sejak dalam kandungan ada dirakamkan di dalam Al-Quran melalui kisah Nabi Zakaria a.s. yang telah "dibisukan" oleh Allah selama tiga hari ketika isteri baginda mengandungkan anak lelakinya. Menurut ulama tafsir, proses ini berlaku adalah sebagai latihan kepada Nabi Zakaria agar sentiasa berzikir, mengingati dan menyebut nama Allah... kerana gelombang baik ini diperlukan bagi membentuk keperibadian anak yang sedang dikandung yang mana bakal lahir dan dilantik pula menjadi nabi - iaitu Nabi Yahya a.s.


Banyak amalan baik yang boleh dan sangat kami galakkan buat ibu-ibu dan juga para bapa amalkan agar zuriat yang bakal lahir dapat kita didik sedari dalam kandungan. Contohnya, amalan membaca Al-Quran akan melahirkan anak-anak yang bijak dan cerdas. Kawalan emosi ibu semasa mengandung pula akan dapat membentuk bayi yang mempunyai jiwa dan emosi yang tenang dan stabil. Sementara sikap suka bersedekah akan melembutkan hati zuriat yang bakal lahir nanti.

Rakan-rakan inginkan bayi yang kurang menangis, mudah dididik dan ceria sentiasa?

Mulakan untuk bersikap positif sentiasa, banyakkan melakukan amalan-amalan soleh, juga lakukan senaman dan makanlah dari rezeki yang baik, berkhasiat dan halal.

Nota: Kajian yang dilakukan oleh Dr Rene Van De Carr pada tahun 1979 melalui percubaan berkomunikasi dengan janin di dalam kandungan, beliau mendapati komunikasi memberikan kesan terhadap pembentukan sikap dan emosi janin-janin. Ini terbukti melalui pemerhatian perwatakan bayi-bayi setelah mereka lahir ke dunia.


Untuk tips yang lebih banyak lagi silalah baca: