Monday, January 28, 2013

TAHNIAH BUAT PERMATA HATI UMMI...

Syukur alhamdulillah kerana Allah terus menyuburkan minat dan memekarkan bakat puteri kesayangan kami, Nur Natasha Azeze, dalam bidang Tarannum Al-Quran. Sebagai persediaan untuk ujian diperingkat Daerah dan Negeri pada bulan Mac dan April 2013 nanti... Tasha sudah mula mempamerkan peningkatan dalam tahap penguasaannya di bidang Tajwid, Tarannum, Suara dan Fasohah.

Alhamdulillah pada ujian tilawah peringkat Kelas Tahsin Al-Quran bagi Daerah Seremban baru-baru ini Tasha telah berjaya menempatkan diri di tempat pertama.


Terima kasih kami kami ucapkan kepada Guru Tahsin Al-Quran Negeri Sembilan, Ustaz Samsuddin Abdullah, yang telah mendidik Tasha sejak dari usia 7 tahun lagi. Tidak juga dilupakan arwah Ustaz Mohd Akib, Ustaz Nik Azizan, Ustaz Amirrahman, Ustazah Suraya dan lain-lain yang telah sama-sama membentuk puteri kami hingga ke tahap ini.

Moga pencapaian Tasha ini akan memberikan inspirasi kepada anak-anak, para remaja dan kita semua untuk lebih mendekati Al-Quran dan mendalami ilmu Al-Quran yang sangat indah dan luas ini. Amin...

Monday, November 5, 2012

BUKU BAHARU: Aisyah yang Cerdas & Dicintai

 
Sebuah kisah indah wanita bernama Aisyah r.ha., kekasih hati Rasulullah s.a.w. dan tokoh ilmuan wanita terulung

Hadis Aisyah r.ha katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata, Inilah isterimu. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata, sekiranya perkara itu datangnya daripada Allah, pasti ia terlaksana"


Hadis Anas bin Malik r.a katanya:“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Kelebihan Aisyah daripada wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tarid iaitu sejenis makanan Arab daripada makanan-makanan lain”


Cerdas Minda, Mantap Peribadi seperti Cinta Hati Rasulullah s.a.w

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com
 

Tuesday, September 25, 2012

BUKU BAHARU: Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?

 
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. 

Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. 

Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. 


Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. 
 
Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.

Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com
 

BUKU BAHARU: 150 Tip Sayang Ibu

 

Buku “150 Tip Sayangi Ibu” ini merupakan sebuah bingkisan buat si anak yang mencari redha Allah SWT melalui redha ibu.

Terdapat 150 jalan praktikal bagaimana caranya kita bergaul dengan ibu dalam pelbagai suasana dan situasi. Ia menjelaskan kepada anda jalan-jalan amali untuk berbakti kepada ibu anda, jalan-jalan yang akan membawa anda kepada redha dan restu ibu.


Mulakan langkah pertama hari ini dengan istiqamah. Buku ini juga sesuai dijadikan hadiah buat adik-beradik dan rakanrakan. Jadikanlah buku ini sebagai rujukan kuliah dan usrah anda. Semoga kita dapat berbakti selagi ibu masih ada.


Dapatkan secara eksklusif hanya di AdikBijak.com
http://www.adikbijak.com